4,200 botol terbuang bina replika KLCC
Penduduk Kampung Sungai Papan di Kuala Kedah membina replika Menara Berkembar KLCC setinggi 6.2 meter menggunakan lebih 4,200 botol plastik yang dikutip dari pantai. Projek komuniti yang menelan kos RM1,000 dan mengambil masa 15 hari ini bertujuan menggalakkan kitar semula dan semangat patriotisme menjelang Hari Kebangsaan 2026.