Tiga maut selepas Proton Aeroback terjunam ke gaung di jalan hutan Lahad Datu
Tiga lelaki maut dan seorang lagi cedera selepas kereta yang dinaiki mereka tergelincir dan terjunam ke gaung di jalan hutan di Lahad Datu, Sabah. Kemalangan itu berlaku di Jalan Hutan Simpan Bagahak, dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan di tempat kejadian.