Warga emas hilang ditemui selamat
Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar ke kebun sawit di Sarikei ditemui dalam keadaan selamat pada hari ketiga operasi mencari dan menyelamat. Beliau ditemui kira-kira lima kilometer dari kediamannya oleh orang awam. Operasi SAR ditamatkan selepas mangsa ditemui.