Wanita Indonesia maut motosikal rempuh SUV
Seorang wanita Indonesia berusia 21 tahun maut selepas motosikal yang dinaikinya merempuh sebuah SUV di Jalan Klang-Teluk Intan di Sungai Nibong, Sekinchan. Kemalangan berlaku pada jam 5 petang semalam, dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Polis menyiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan meminta saksi tampil.