KKDW diarah laksana 'Operasi Sifar Tertangguh' – TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan semua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melaksanakan 'Operasi Sifar Tertangguh' bagi menyelesaikan semua urusan tertunggak. Beliau menekankan bahawa kelewatan meningkatkan kos dan mengarahkan semua projek, bayaran dan keputusan yang belum selesai dikategorikan dan diselesaikan segera, dengan pemilik dan tempoh masa yang jelas.