Nahas 11 kenderaan: Tiga sekeluarga maut dalam perjalanan pulang selepas sambut merdeka di Putrajaya
Tiga sekeluarga antara empat maut dalam kemalangan melibatkan 11 kenderaan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran Lanchang, Pahang, malam tadi. Mereka dalam perjalanan pulang selepas menyambut Hari Kebangsaan di Putrajaya apabila sebuah lori tangki hilang kawalan dan merempuh beberapa kenderaan. Mangsa dikenal pasti dan keluarga akan dikebumikan di Kuantan.