Guru nafi lakukan amang seksual fizikal terhadap dua murid
Seorang guru berusia 46 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua murid lelaki berusia 11 dan 12 tahun. Kesalahan itu didakwa berlaku antara 28 Julai hingga 9 Ogos 2025 di sebuah sekolah di Pertang, Jelebu. Mahkamah membenarkan jaminan RM6,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat, dan menetapkan sebutan semula pada 2 Oktober.