'Tak sangka anak saya mangsa kemalangan itu'
Tiga sekeluarga maut dalam kemalangan membabitkan 11 kenderaan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Satu berhampiran Temerloh selepas pulang dari sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya. Kemalangan itu dipercayai berpunca daripada sebuah lori tangki simen yang hilang kawalan. Empat orang terbunuh dalam kejadian itu, termasuk keluarga tersebut dan seorang lagi pemandu.