Enam lokasi kekal rekod IPU bahaya
Setakat jam 4.30 petang, enam lokasi di Sarawak merekodkan indeks pencemaran udara (IPU) pada tahap bahaya melebihi 300, dengan Serian mencatatkan bacaan tertinggi 381. Lokasi lain di Sarawak, Sabah dan Selangor mencatatkan tahap sangat tidak sihat dan tidak sihat, manakala 48 lokasi di seluruh negara berada pada tahap sederhana.