Lima lokasi di Sabah, Labuan catat bacaan kualiti udara tidak sihat
Sehingga 1 petang Selasa, lima lokasi di Sabah mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara tidak sihat, dengan Kota Kinabalu tertinggi pada 174, manakala Labuan turut mencatat bacaan tidak sihat pada 169. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah menasihatkan kumpulan berisiko mengurangkan aktiviti luar dan mengeluarkan langkah kesihatan berjaga-jaga.