Komuniti muzik bersatu demi Andy dari Flop Poppy dan anaknya
Acara amal 'SOS 4 INAZ' akan diadakan Sabtu ini di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur, untuk mengumpul dana bagi pembedahan skoliosis Inaz, anak kepada vokalis Flop Poppy, Andy. Acara yang dianjurkan oleh Karyawan ini menyasarkan untuk menampung kos rawatan sebanyak RM97,000.