Hanya 69 unit tersedia, Jetour T2 Dark Warrior Limited Edition dilancarkan di Malaysia pada RM168,000
Jetour Malaysia telah melancarkan T2 Dark Warrior Limited Edition sempena sambutan Hari Merdeka ke-69 negara, dengan harga RM167,600 dan hanya 69 unit ditawarkan di seluruh negara. Edisi khas ini menambah warna luaran hitam matte dan pakej aksesori Dark Warrior pada T2 standard, tanpa perubahan mekanikal.