UNIMAS laksana pembelajaran hibrid fleksibel mulai bulan ini
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mula melaksanakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran hibrid fleksibel bagi program yang layak bermula semester September. Pendekatan ini menggabungkan pembelajaran digital dengan sesi bersemuka, dan universiti memaklumkan kerja makmal serta aktiviti praktikal akan terus dijalankan di kampus.