Tiga aksi berturut di tempat lawan, Pan-gon fokus pemulihan pemain SFC
Jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon berkata pasukannya memberi tumpuan kepada pemulihan pemain menjelang perlawanan pusingan 16 terbaik Piala FA menentang Sabah FC di Stadium Likas malam esok, selepas melalui tiga perlawanan berturut-turut di tempat lawan. Selangor FC menewaskan Terengganu FC 3-0 pada 28 Ogos lalu, manakala Sabah FC menewaskan Penang FC 2-0 di Stadium Likas pada tarikh yang sama.