Peningkatan Kuota BUDI95 Kepada 300 Liter Ringankan Beban Rakyat, Galak Pelancongan Domestik
Peningkatan kuota subsidi petrol BUDI95 daripada 200 kepada 300 liter sebulan oleh kerajaan Malaysia telah berkuat kuasa. Rakyat Malaysia dari pelbagai negeri, termasuk mereka yang melancong ke Melaka semasa cuti sekolah, mengalu-alukan langkah ini kerana ia meringankan beban kewangan dan menggalakkan pelancongan domestik.