Bardiani galas maruah Itali di LTdL 2026
Pasukan ProTeam Itali, Bardiani CSF 7 Saber mahu mengembalikan kegemilangan dalam saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026 yang dijadualkan pada 27 September hingga 4 Oktober. Pasukan yang berpengalaman dalam perlumbaan itu akan menurunkan enam pelumba utama termasuk Luca Covili, dengan laluan yang menampilkan pendakian di Gunung Jerai, Cameron Highlands dan Genting Highlands.