Pelajar UKM Wakili Malaysia ke Kejohanan Ironman 70.3 Dunia
Ahmad Dani Amir Fariz, pelajar tahun satu undang-undang di UKM, akan mewakili Malaysia ke Kejohanan Ironman 70.3 Dunia di Nice, Perancis pada 13 September. Beliau adalah pelajar universiti awam pertama yang berbuat demikian, dan UKM menyokongnya dengan menubuhkan pasukan triatlon serta menanggung kos jurulatih.