i-CAM 2026 Perkukuh Perkongsian Ilmu, Inovasi Agribisnes Ke Arah Keselamatan Makanan Global
Persidangan Antarabangsa Pemasaran Agribisnes (I-CAM) 2026 bermula hari ini di Serdang, Selangor, sempena MAHA 2026. Dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin, persidangan dua hari ini bertujuan untuk berkongsi ilmu dan inovasi dalam agribisnes bagi menangani cabaran keselamatan makanan global.