Taman Perindustrian Sawit Kinabalu Sandakan untuk pacu pertumbuhan Sandakan
Pengerusi Sawit Kinabalu, Datuk Hazem Mubarak Musa, berkata Taman Perindustrian Sawit Kinabalu Sandakan (SK SIP) berpotensi untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan industri di Sandakan, Sabah. Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan tapak ke beberapa lokasi strategik dalam SK SIP, termasuk tapak pembinaan bangunan baharu SKG Sandakan Region dan Kemudahan Penerimaan Darat (ORF) untuk Projek Pembangunan Gas Sandakan (SGDP).