Hutan bandar RM1b dijangka jadikan Tambun destinasi pelancongan baharu Ipoh
Pembangunan hutan bandar bernilai RM1 bilion di Tambun, Ipoh, dijangka siap dalam tempoh tiga tahun. Projek kerjasama antara Team Keris Bhd, RJJ Hotels, dan Persatuan Restoran Cina Malaysia ini bertujuan meningkatkan ekosistem pelancongan, hospitaliti, dan F&B di kawasan tersebut. Majlis menandatangani perjanjian itu berlangsung di Ipoh pada 28 Ogos.