Letusan Gunung Sinabung: Rakyat Malaysia Dinasihatkan Berwaspada
Gunung Sinabung di Kabupaten Karo, Sumatera Utara meletus pada Isnin, memuntahkan abu setinggi 3.5 km, mengganggu penerbangan dan menyebabkan pemindahan lebih 2,400 penduduk. Konsulat Malaysia di Medan menasihatkan rakyat Malaysia supaya berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa Indonesia.