Chelsea sambar Ahanor, Palace jadi destinasi sementara
Chelsea mendapatkan pemain pertahanan Atalanta, Honest Ahanor dalam perpindahan bernilai sekitar 40 juta pound, namun pemain remaja itu akan dipinjamkan kepada Crystal Palace untuk saingan musim ini. Chelsea turut melepaskan penyerang Marc Guiu yang menyertai Leipzig menerusi kontrak lima tahun bernilai 14.5 juta pound.