Kemalangan 11 kenderaan di LPT: PM ucap takziah, arah siasatan terperinci
Satu kemalangan melibatkan pelbagai kenderaan di Lebuhraya Pantai Timur berhampiran Temerloh pada malam 31 Ogos mengorbankan empat orang, termasuk sebuah keluarga tiga beranak yang pulang dari sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya. Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah dan mengarahkan siasatan terperinci mengenai punca kemalangan itu.