Bekas juara dunia badminton China disiasat
Bekas juara dunia badminton dan naib presiden Persatuan Badminton China (CBA), Xia Xuanze, disiasat kerana disyaki melakukan pelanggaran disiplin dan undang-undang yang serius. Siasatan dijalankan oleh Suruhanjaya Pusat Pemeriksaan Disiplin bersama pihak berkuasa tempatan di Nantong, wilayah Jiangsu.