PETRONAS berpotensi bayar dividen lebih tinggi
PETRONAS berpotensi membayar dividen lebih tinggi kepada kerajaan tahun ini berikutan peningkatan kos subsidi petrol dan diesel. Kenanga Research menganggarkan syarikat minyak negara itu mampu membayar sehingga RM30 bilion pada 2026 tanpa menjejaskan kedudukan kunci kira-kiranya, walaupun berdepan perbelanjaan modal lebih tinggi dan pertikaian undang-undang.