Wanita cedera terkena serpihan konkrit jatuh bangunan
Seorang wanita berusia 20-an cedera selepas terkena serpihan konkrit daripada bangunan warisan di Lebuh China, George Town, Pulau Pinang, semasa perayaan Festival Hantu Lapar. Kejadian berlaku sekitar jam 11:30 malam apabila kabel penyambung pada dinding tercabut, menyebabkan struktur di penjuru bangunan tertanggal. Mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan, dan kakitangan MBPP dilihat membersihkan kawasan serta memasang pita keselamatan.