KPN Sarawak: Polis akan guna SOSMA terhadap sindiket jenayah, pengedar dadah
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata polis akan mempergiatkan tindakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 terhadap jenayah serius dan terancang, terutamanya sindiket pengedaran dadah. Beliau berkata demikian selepas majlis serah tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri yang baharu di Kuching.