Star City buru bekalan selesa di Alor Setar
Star City FC (SCFC) berazam mencari bekalan selesa apabila turun menentang Kedah FA pada saingan pertama pusingan 16 Piala FA di Stadium Darul Aman malam ini. Pengendali skuad The Northern Stars, Mehmet Durakovic berkata, pasukannya bersedia untuk bangkit semula selepas kekalahan besar kepada JDT dan fokus untuk meraih kemenangan di tempat lawan.