Bayi ditemui dalam tong sanitari di lapangan terbang Pulau Pinang
Bayi yang masih bertali pusat ditemui dalam keadaan bernyawa di dalam tong sanitari di tandas Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas. Polis telah menahan seorang lelaki dan wanita yang dipercayai mempunyai kaitan dengan penemuan bayi itu, yang dipercayai berlaku pada 31 Ogos.