Ringgit dijangka mengukuh ke paras RM3.95 akhir 2026 - Kenanga IB
Kenanga Investment Bank menjangkakan ringgit mengukuh kepada RM3.95 berbanding dolar AS menjelang akhir 2026. Bank itu menjangkakan Fed mengekalkan kadar faedah pada September, dengan pemotongan pertama hanya pada suku kedua 2027, dan mengunjurkan Bank Negara Malaysia mengekalkan OPR pada 2.75% sepanjang 2026.