Kementerian Perpaduan Negara anjur Pameran Pesta Bola Merdeka
Kementerian Perpaduan Negara menganjurkan Pameran Pesta Bola Merdeka di Galeri 1, Jabatan Muzium Malaysia, Kuala Lumpur, dari 31 Ogos hingga 31 Disember. Pameran selama empat bulan itu mengetengahkan peranan bola sepak dalam menyatukan rakyat Malaysia merentasi kaum dan agama, menelusuri sejarahnya dari sebelum kemerdekaan hingga kini. Pameran dibuka secara percuma kepada orang awam dari 9 pagi hingga 5 petang.