Kes 4 sekeluarga maut di Desa ParkCity: Tiada laporan 'love scam' dibuat mangsa
Polis mengesahkan mangsa kes kematian empat sekeluarga di Desa ParkCity pada 27 Ogos lalu tidak pernah membuat laporan polis berkaitan 'love scam'. Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Keluarga itu ditemukan mati di kediaman mereka, dengan bapa dipercayai terjatuh dari bangunan.