Mentaliti juara senjata Azizulhasni
Bekas pelumba basikal trek negara, Josiah Ng percaya mentaliti juara Datuk Azizulhasni Awang akan menjadi senjata utamanya dalam misi meraih pingat emas di Sukan Olimpik Los Angeles 2028, walaupun usianya akan mencecah 40 tahun ketika itu. Ng merujuk kepada prestasi cemerlang Azizulhasni pada usia 38 tahun musim ini sebagai bukti bahawa dia mampu mengatasi faktor usia.