Pertumbuhan sektor pembuatan kekal positif tapi sederhana pada separuh kedua
Penganalisis menjangkakan sektor pembuatan Malaysia akan terus berkembang dalam dua suku akan datang, tetapi pada kadar yang lebih perlahan berbanding separuh pertama 2026. PMI purata 50.4 dalam lapan bulan pertama menunjukkan kestabilan, walaupun bacaan Ogos 50.2 menunjukkan pertumbuhan paling lemah dalam fasa pengembangan semasa.