'Runner' direman 7 hari bantu siasatan edar dadah dalam katrij vape
Seorang lelaki berusia 23 tahun yang dipercayai sebagai 'runner' dadah direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di Tawau. Dia ditahan di hadapan sebuah syarikat kurier di Taman Sawit, Sungai Balung, bersama 180 katrij vape yang disyaki mengandungi dadah berbahaya.