MoU ditandatangani untuk menyeragamkan, memelihara tadbir urus adat asli Sabah
Pertubuhan Komuniti Adat Asli Sabah Sunduan Nabalu (Maans-Sunduan Nabalu) dan Ipec Bureau telah menandatangani MoU untuk membangunkan piawaian dan pensijilan kompetensi bagi ekosistem tadbir urus adat asli Sabah. Majlis menandatangani berlangsung di ibu pejabat Sekolah Adat Asli Sabah (Saans) di Tuaran. Kerjasama ini bertujuan memelihara warisan dan pengetahuan tradisional sambil melengkapkan, bukan menggantikan, bidang kuasa institusi rasmi.