Suami pukul isteri kerana enggan beri wang untuk judi dalam talian
Seorang lelaki berusia 35 tahun direman tiga hari oleh Mahkamah Majistret Batu Pahat kerana disyaki mencederakan isterinya selepas enggan memberi wang untuk berjudi dalam talian. Kejadian itu berlaku di rumah mereka di Rengit pada 31 Oktober.