Pelakon veteran Aziz Abdullah meninggal dunia
Pelakon veteran Malaysia, Aziz Abdullah meninggal dunia di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang pada jam 7.21 pagi semalam akibat komplikasi pelbagai penyakit serta jangkitan kuman. Beliau berusia 70 tahun. Jenazahnya disempurnakan di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas.