SPRM rakam keterangan 12 individu dalam siasatan dakwaan penyelewengan Felda
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merakam keterangan daripada 12 individu dalam siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan Felda dan anak syarikat pelaburannya. Siasatan itu merangkumi pembelian beberapa aset, termasuk Hotel Grand Borneo di Sabah dan hartanah di London.