SPRM buka 7 kertas siasatan berkaitan Felda, anak syarikat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka tujuh kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah melibatkan pelaburan di Felda dan anak syarikatnya, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC). Siasatan itu meliputi pelaburan dan pemerolehan aset selama sedekad, termasuk hartanah di London, Sabah dan Sarawak. SPRM telah merakam kenyataan daripada 12 individu dan menjangkakan tangkapan tidak lama lagi.