RCI Tabung Haji: 11 sudah direman, seorang VVIP mungkin akan didakwa
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan 11 individu telah direman berkaitan siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji. Ketua Pesuruhjaya SPRM juga menyatakan seorang VVIP mungkin akan didakwa selepas siasatan terhadap pelaburan Al Rawda di Arab Saudi selesai. Pertuduhan dijangka akan dikemukakan di mahkamah di Shah Alam, Kuala Lumpur, dan Kelantan.