Kumpulan metal wanita Jepun, Lovebites mahu 'tawan' KL
Kumpulan metal wanita Jepun, Lovebites, bakal mengadakan konsert sulung mereka di Malaysia di Zepp Kuala Lumpur pada 4 Oktober. Konsert anjuran Rockstage Entertainment itu menandakan persembahan pertama kumpulan itu di negara ini selepas hampir sedekad dalam industri muzik.