KKDW perlukan RM4 bilion setahun untuk projek jalan luar bandar
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menganggarkan keperluan peruntukan sekitar RM4 bilion setahun bagi memastikan kesinambungan projek Jalan Luar Bandar (JALB). Bagi 2026, projek JALB menerima peruntukan RM2.107 bilion dengan 415 projek telah dilaksanakan setakat 1 September. KKDW turut menghargai kelulusan RM300 juta oleh Kementerian Kewangan.