Pemandu jentera penggelek JPS maut, kenderaan hilang kawalan
Seorang lelaki berusia 45 tahun maut selepas jentera penggelek yang dipandunya hilang kawalan dan terjatuh ke dalam semak semasa menjalankan kerja penyelenggaraan di Kampung Anak Ayer Durian Daun, Kampung Pondoi, Tampin. Dia dibawa ke Hospital Tampin tetapi disahkan meninggal dunia pada jam 3 petang. Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.