Presiden PKMM seru kontraktor Sarawak rebut peluang pembangunan negeri
Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) menyeru kontraktor di Sarawak agar lebih proaktif merebut peluang pembangunan di negeri itu. Beliau berkata demikian pada majlis makan malam dan perasmian mesyuarat agung tahunan PKMM Cawangan Sarawak di Kuching, sambil menyatakan sektor pembinaan mempunyai ruang luas untuk berkembang.