Lelaki 57 tahun ditahan di Hong Kong kerana curi wang penumpang dalam penerbangan
Polis Hong Kong menahan seorang lelaki berusia 57 tahun kerana disyaki mencuri mata wang asing bernilai hampir HK$6,000 (kira-kira RM3,114.50) dalam penerbangan dari Thailand. Kejadian disaksikan seorang penumpang yang merakam dan melaporkannya kepada kru, sebelum suspek ditahan selepas pesawat HK Express mendarat di Hong Kong.