Premis proses organ haiwan jadi makanan ikan disita kerana cemari sungai
Majlis Bandaraya Seremban menyita sebuah premis di Kampung Kayu Ara, Mambau, kerana memproses organ dalaman haiwan untuk makanan ikan dan membuang sisa cecair ke anak sungai sehingga mencemarinya. Pemilik dikompaun kerana beroperasi tanpa lesen, dan arahan menghentikan operasi telah dikeluarkan.