Ayah enam anak lega dapat rumah lebih selesa
Seorang bapa Orang Asli kepada enam anak di Kampung Orang Asli Batu 8, Sungai Tidong, Jalan Pahang, Tapah, Perak, bersyukur kerana kini dapat mendiami rumah baharu yang lebih selesa bernilai RM80,000, dibina melalui Projek Bantuan Rumah Orang Asli (PBROA) oleh Jakoa. Beliau sebelum ini tinggal di rumah usang dan sempit bersama keluarga besarnya.