Bekas COO Tabung Haji masuk hospital, kes rasuah ditangguh ke 24 September
Bekas Ketua Pegawai Operasi Lembaga Tabung Haji yang sepatutnya berdepan pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Shah Alam telah dimasukkan ke hospital pada 31 Ogos kerana masalah jantung. Mahkamah menangguhkan prosiding kes itu ke 24 September selepas mendengar penjelasan peguam dan isteri tertuduh.