BonusLink lancar platform tempahan hotel untuk kumpul dan tebus mata
BonusLink telah melancarkan BonusLink Travel, platform tempahan hotel yang boleh diakses melalui aplikasi dan laman webnya. Ahli boleh mengumpul sehingga 12 Mata BonusLink bagi setiap RM1 yang dibelanjakan untuk tempahan yang layak, dan juga boleh menebus mata untuk penginapan hotel. Perkhidmatan ini menawarkan lebih sejuta pilihan penginapan di seluruh dunia.